Sunday, January 22, 2012

Tentang Solat Sunat Dhuha

Apakah itu solat sunat Dhuha? Bagaimanakah caranya dan bilakah waktunya? 


Dari Sayyidina Anas Ibn Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesiapa yang menunaikan solat sunat dhuha sebanyak 12 rakaat, Allah s.w.t akan membina baginya sebuah mahligai daripada emas dalam syurga. (H.R. Tirmidzi, Sunan Al-Tirmidzi)

Bermula waktu solat dhuha itu setelah matahari meninggi sekadar batang lembing iaitu kita melihat matahari kira-kira tinggi sebatang lembing selepas syuruk (keluarnya matahari). Kadar sebatang lembing itu menyamai 16 minit selepas syuruk matahari. [Syeikh Hasan bin Ahmad Al-Kaf, Kitab Al-Taqrirat Al-Sadidah m/s 192]




Kesimpulannya waktu dhuha itu bermula 16 minit selepas waktu syuruk. Akhir waktu dhuha pula sehingga tertegaknya matahari di tengah-tengah langit iaitu beberapa minit sebelum masuk waktu zohor.

Waktu paling afdhal untuk solat dhuha ialah ketika cahaya matahari sudah panas.

Dari Sayyidina Zain Ibn Arqam bahawasanya beliau telah melihat suatu kaum sedang solat sunat dhuha. Setelah itu beliau berkata kepada mereka: Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa solat sunat dhuha pada waktu selain waktu ini (iaitu awal waktu dhuha), lebih afdhal. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Solat Awwabin (dhuha) itu pada waktu bersangatan panas (sehinggakan) terbangun anak unta (kerana tanah terlalu panas). (H.R. Muslim:1646)

Dalam satu hadith Qudsi, Allah s.w.t berfirman: 

Hai anak Adam, solatlah kepadaku empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu hingga ke akhir siang. [Musnad Imam Ahmad:5/278]


No comments:

Post a Comment