Sunday, January 22, 2012

Bagaimanakah Wanita Yang Mempunyai Agama?

Seorang lelaki bertanya: Bagaimanakah wanita yang mempunyai agama sebagaimana yang disebutkan dalam hadith:

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah yang mempunyai agama. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

1- "Maka pilihlah yang mempunyai agama", hadith ini menyuruh memilih wanita yang beragama.

2- Takrif beragama ialah wanita yang dikenali sebagai wanita yang beragama, dan dia tidak dikenali sebagai wanita yang jahat.

3- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia seorang yang muslim - berserah kepada ketentuan Allah dalam setiap perkara.

4- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa menunaikan tanggungjawab dan haq dalam agama, seperti bersolat, berpuasa dan sebagainya.

5- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya, aurat dan kemaluannya, tubuh badan dan percakapannya, daripada segala yang diharamkan atau ditegah oleh agama.

6- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa taat dan patuh kepada walinya, iaitu ibu bapanya, dan sentiasa mengambil berat akan kedua orang tuanya, dan sentiasa menjaga kebajikan mereka.

7- Beragama, iaitu anda yakin setelah melihatnya bahawa apa yang anda lihat ialah wanita yang beragama, dan bukanlah apa yang cantik (semata-mata) di mata, atau sedap (semata-mata) di telinga.




Tentang Solat Sunat Dhuha

Apakah itu solat sunat Dhuha? Bagaimanakah caranya dan bilakah waktunya? 


Dari Sayyidina Anas Ibn Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesiapa yang menunaikan solat sunat dhuha sebanyak 12 rakaat, Allah s.w.t akan membina baginya sebuah mahligai daripada emas dalam syurga. (H.R. Tirmidzi, Sunan Al-Tirmidzi)

Bermula waktu solat dhuha itu setelah matahari meninggi sekadar batang lembing iaitu kita melihat matahari kira-kira tinggi sebatang lembing selepas syuruk (keluarnya matahari). Kadar sebatang lembing itu menyamai 16 minit selepas syuruk matahari. [Syeikh Hasan bin Ahmad Al-Kaf, Kitab Al-Taqrirat Al-Sadidah m/s 192]




Kesimpulannya waktu dhuha itu bermula 16 minit selepas waktu syuruk. Akhir waktu dhuha pula sehingga tertegaknya matahari di tengah-tengah langit iaitu beberapa minit sebelum masuk waktu zohor.

Waktu paling afdhal untuk solat dhuha ialah ketika cahaya matahari sudah panas.

Dari Sayyidina Zain Ibn Arqam bahawasanya beliau telah melihat suatu kaum sedang solat sunat dhuha. Setelah itu beliau berkata kepada mereka: Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa solat sunat dhuha pada waktu selain waktu ini (iaitu awal waktu dhuha), lebih afdhal. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Solat Awwabin (dhuha) itu pada waktu bersangatan panas (sehinggakan) terbangun anak unta (kerana tanah terlalu panas). (H.R. Muslim:1646)

Dalam satu hadith Qudsi, Allah s.w.t berfirman: 

Hai anak Adam, solatlah kepadaku empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu hingga ke akhir siang. [Musnad Imam Ahmad:5/278]


Bila Wanita 'Free Hair' Akan Memakai Tudung?

Alhamdulillah bagi mereka yang bertudung. Dan Alhamdulillah jugak bagi mereka yang separuh bertudung. Semoga suatu hari nanti, hamba-hamba Allah yang indah ini akan terbuka hati untuk terus bertudung litup menutup aurat dengan sebaik-baiknya.

Tapi siapakah golongan wanita yang separuh bertudung ini? Mereka adalah...




" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" - surah An-Nur ayat 31

Doa Yang Dikabulkan Allah

DOA: 




Allah akan mengabulkan doa hambanya yang ketika memintanya tidak terburu-buru ingin segera dikabulkan.. - Hadis Riwayat Bukhari Muslim

Kenapa Hati Menjadi Keras (Video Ustaz Don)

Kenapa hati kita mudah menjadi keras? Ikuti video dari Ustaz Don Daniyal di bawah!







Orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang keras hatinya... 


Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman:

"Sesungguhnya aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Jika dia mengingati Aku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hati Aku, dan jika dia mengingati aku dalam jamaah maka aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). "

"Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekat aku sehasta, maka aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepada ku berjalan, maka aku dekati dia dengan berlari."



Semoga bermanfaat untuk kita semua.